C L O U D ;
Bicara Hati
Tuesday, 9 August 2011 • 21:07 • 2 comments
Kadang2 timbul jugak perasaan jealous di hati ini bila melihat kwn2 bahagia dgn pasangan masing2. Maybe dah jodoh diorang telah ditakdirkan oleh Yang Maha Esa untuk menemukan hati dua insan ini lebih awal berbanding dengan aku. Dalam perasaan cemburu itu aku pasrah menerima ape yang telah tertulis ke atas diri aku ni. Mungkin juga Allah nak berikan yang terbaik untuk diri aku ni. Siapa tahu kan..?? Sebab semua ni dah tertulis sbg takdir dlm hidup kita.


Aku yakin setiap orang terutamanya remaja yg sebaya dengan aku mempunyai naluri ingin disayangi dan menyayangi. Mempunyai perasaan terhadap manusia yg berlainan jantina adalah perkara normal di kala usia kita mcm ni. Naluri ingin mencuba begitu menebal dalam diri masing2 sehingga timbulnya couple. Sesetengah orang berpendapat dengan couple la dapat mematangkan diri seseorang 2.


Dalam perkataan COUPLE ni aku jugak tidak terkecuali menjadi mangsanya. Naluri ingin disayangi oleh seorang insan bernama lelaki memang ada dlm jiwa aku. Tetapi kadang2 aku takot nak mendekati seseorang lelaki itu kerana aku beranggapan semua lelaki sama sahaja. Xpernah nak serius dlm sesuatu perhubunga yg di bina. Apa yg diorang tahu just nak suka2 je tanpa mengetahui yg si perempuan itu btul2 ikhlas ngan diorang. 


Aku jadi trauma atau lebih berhati-hati dengan lelaki sebab aku tak ingin perkara sama berulang kembali. Kalau boleh aku nak elakkan pisang dari berbuah dua kali. Cukup la sekali pisang itu berbuah  dalam hidup aku. Aku tidak mahu buat kedua kalinya atau ketiga kalinya. Aku serik dan perkara itu amat menyakitkan hati aku. Sekali perkara itu terjadi dalam hidup aku selamanya terpahat dalam ingatan aku.


Sekarang aku lebih berhati-hati terhadap insan yang bergelar lelaki. Sebab sekali aku sayang kat seseorang lelaki itu aku mmg akan syg seikhlas hati aku. Tapi bila lelaki mula berpaling tadah, itu yg membuatkan aku sakit hati. Kepada lelaki di luar sana yang terbaca entri nie, harap maaf la. Mmg langkah berjaga-jaga kena di ambil dari peringkat awal lagi kerana menangis di kemudian hari mmg tiada gunanya lagi.


Seriously aku cakap skrg nie hati aku mcm susah je nak percayakan lelaki. Aku boleh dengar apa yg diorang ckp tp aku xkan terima bulat2 dgn sepenuh hati ape yg diorang ckp. Maybe 50% betol dan 50 % lagi adalah bohong. Even aku pernah couple sebelum ni pon aku straight to the point kat partner aku yg aku mmg xpercayakan dia 100 % full. Jika aku mmg dah syg gila2 kat partner aku, aku up la ckit kepercayaan aku kpd 80 % but not 100 % lagi.


Aku boleh terima keikhlasan lelaki itu bila dia menunjukkan yg dia betul2 ikhlas ngan aku, nak serius dgn aku dan just bukan utk happy2 je. Tunjukkan betapa dia ikhlas nak kwn dengan aku dan terima diri aku seadanya. Mungkin juga dia boleh yakinkan aku bahawa dia betul2 jujur utk menjalinkan perhubungan dengan aku. Maybe di luar batas kesedaran aku, aku boleh pertimbangkan. Tetapi dlm ketidakpercayaan aku terhadap kaum Adam ini aku tidak menolak takdir Allah yg telah menentukan siapa jodoh aku. Aku tidak menolak utk tidak couple sebab aku juga manusia normal. Ingin perhatian lelaki, ingin disayangi dan menyayangi seorang lelaki. Once aku dah boleh terima seseorang lelaki itu dlm hidup aku maknanya  tahap kepercayaan aku terhadap dia mungkin telah bertambah la sedikit demi sedikit.





NADIA YAYA :)





PASTFUTURE
ABOUT ME
NURUL NADIA BT AJIT. NADIA or YAYA. 22. Bachelor of Science (Hons) Biology. UiTM Jengka. Simple girl with a big dream. Don't like me, please leave.


OTHERS;