C L O U D ;
OH TEMAN
Sunday, 18 September 2011 • 16:51 • 4 comments
Zaman sekarang ni memang susah nak cari teman yang betul2 boleh dianggap sebagai teman ketika susah dan senang. Kebanyakan teman zaman sekarang ini lebih kepada kehipokritan dan tak boleh dipercayai. Kalaulah teman ini seperti pasangan couple. Apabila tidak serasi atau tidak diperlukan lagi boleh tinggalkan begitu aje atau dengan istilah lainnya ialah "clash". Kita biasa dengar pasangan itu telah clash dalam percintaan tapi pernah ke kita dengar mereka itu telah clash dalam persahabatan. Xde rasanya kan?? Dalam persahabatan tidak begitu. Sekali kita teman selamanya akan menjadi teman. Susah untuk memutuskan persahabatan antara teman. 


Teman antara orang yang terpenting dalam hidup kita selain family. Segala masalah diceritakan kepada teman tapi bagaimana kalau berteman dengan orang yang suka membuka aib orang lain, berteman dengan orang yang suka bawa mulut ataupun berteman dengan orang yang suka tikam dari belakang. Walaupun teman itu nampak baik dan cukup sempurna di mata kita tetapi hati mereka tiada siapa yang duga. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Walaupun kita telah berhati-hati dalam berteman tetapi kalau itu sudah takdir kita berteman dengan orang seperti itu apa kita boleh buat. 


Setiap orang yang mempunyai teman kebanyakannya mempunyai masalah denga teman diorang itu tetapi sekadar pendam dan simpan dalam hati je. Malas nak panjangkan cerita dan malas nak tambah masalah. Begitu juga dengan diri aku. Apabila kita telah berteman untuk satu jangka masa yang agak lama sudah tentulah serba sedikit kita akan tahu teman kita ini bagaimana perangainya. Dan sudah semestinya ada yang kita tidak puas hati dengan perangai dia itu. Itu perkara normal dalam adat berteman. Sebab bukan semua manusia dilahirkan dengan perangai yang sempurna. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan dalam diri masing2. Sebab teman kita juga hanya manusia biasa. 


Apabila mempunyai masalah dengan teman, jalan penyelesaian yang terbaik adalah masing2 berdiam diri kerana malas hendak panjangkan cerita. Ada sesetengah orang berfikir bahawa dia adalah teman kita so biarlah dia sedar dengan sendiri lama kelamaan apa salah silap dia sebenarnya. Sebab sesetengah orang tidak sampai hati hendak menegur teman sendiri lebih2 lagi kalau teman itu adalah best friend forever. Takut dengan satu teguran boleh memusnahkan persahabatan yang telah lama terjalin. 


Buat teman-teman aku, kalaulah korang semua ada terbaca post aku ini, aku try untuk menjadi teman yang terbaik pada u guys semua. Tapi aku tahu aku juga bukan manusia yang cukup sempurna untuk mengatakan yang aku tidak pernah membuat sebarang kesilapan sepanjang kita berteman. Tapi kalau aku ada membuat korang sakit hati ke or terasa hati dengan aku, aku minta maaf. Mungkin apa yang aku buat itu dalam keadaan yang aku tidak sedar. Kalau aku ada silap ke perangai aku melampaui batas ke u guys semua tegur2 la aku. Aku tak kisah pun. Tapi aku tak suka orang cakap2 belakang then dok sindir2 dekat facebook ke skype ke twitter ke ape ke. Kalau tak puas hati dengan aku straight to the point je. Insyallah aku akan terima teguran dan nasihat korang itu then kalau boleh aku akan ubah perangai aku ini. Ini semua demi persahabatan kita. Aku tak mahu mengkhianati persahabatan yang telah lama terjalin hanya dengan perkara yang remeh temeh aje. I love my friendship with u guys semua.!!!


NADIA YAYA :)








PASTFUTURE
ABOUT ME
NURUL NADIA BT AJIT. NADIA or YAYA. 22. Bachelor of Science (Hons) Biology. UiTM Jengka. Simple girl with a big dream. Don't like me, please leave.


OTHERS;