Why Me??
Saturday, 17 September 2011 • 23:08 • 2 comments Kenapa kadang2 aku merasakan hidup ini tidak adil. Kenapa orang lain boleh bahagia dengan pasangan masing2 sedangkan aku tidak. Apa salah aku sebenarnya. Diri aku ini seorang yang bermasalah ke setiap kali menjalinkan sesuatu hubungan? Hati ini juga ingin disayangi dan menyayangi seperti insan2 lain. Mungkin ini merupakan takdir yang telah tersurat untuk aku. Mungkin juga ada hikmah dengan apa yang terjadi kepada diri aku sebelum ini. Tapi sampai bila hati ini mampu bersabar menanti dugaan demi dugaan yang amat menyakitkan hati. Aku bukanlah seorang manusia yang kuat. Kadang2 hati aku juga lemah dan menangisi dengan apa yang terjadi terhadap diri aku ini. Kenapa aku diuji sebegini rupa sedangkan aku tidak begitu kuat untuk menghadapinya. Apabila aku menemui insan yang serasi dengan jiwa aku tiba2 ada pihak yang merosakkannya. Aku cuba untuk menjadi insan yang setia dan baik demi dirinya tetapi apa balasan yang aku dapat. Aku ditinggalkan seperti aku ini tidak mempunyai hati dan perasaan. Bukan sekali benda itu terjadi dalam hidup aku tapi berulang kali. Setiap kali benda itu terjadi ia mengambil masa yang agak lama untuk sembuh. Bila hati ini ingin setia dengannya ada saja benda yang terjadi yang memisahkan kami. Tidak layakkah aku untuk disayangi dan dicintai seperti insan lain? Kadang2 timbul juga perasaan ingin membalas dendam dengan memainkan hati dan perasaan lelaki seperti mana mereka semua pernah mainkan hati dan perasaan aku sebelum ini. Aku ingin membalas dendam terhadap apa yang mereka pernah buat terhadap aku sebelum ini. Ini semua bukan atas kehendak aku tapi keadaan yang memaksa aku melakukan semua ini. Hati aku sakit. Hati aku terluka. Korang semua tahu ke semua itu. Betapa sakitnya hati ini bila kita mencintai seseorang dengan setulus hati tapi cinta kita dikhianati. Aku bukan barang mainan yang boleh diambil bila diperlukan dan dicampak apabila tidak berguna lagi. Aku sanggup berubah demi dirinya tapi kadang2 pengorbanan aku ini tidak dihargai. Hati mana yang tidak sakit. Atau semua ini terjadi disebabkan perangai aku yang begitu cepat jatuh hati dekat seseorang? Aku yang cepat bagi harapan kepada diri sendir? Honestly aku cakap aku memang seorang yang agak cerewet dalam memilih pasangan tetapi bila aku dah sanggup berubah demi seseorang itu maknanya aku betul2 ikhlas sayangkan orang itu. Tapi orang yang aku kenal tidak pernah menghargai semua itu. Kenapa susah sangat aku nak jumpa orang yang betul2 ikhlas dengan diri aku. Menerima aku dengan seadanya. Bukan jenis manusia hipokrit yang suka memberikan janji2 manis sahaja. Aku sudah penat dengan semua ini. Kadang2 perkara ini boleh membuatkan pelajaran aku terganggu kerana memikirkan benda ini. NADIA YAYA :) |
ABOUT ME
![]() OTHERS; |