10 Sifat Calon Suami Yang Baik
Monday, 17 October 2011 • 17:03 • 0 comments Aku percaya setiap perempuan termasuk diri aku sendiri inginkan lelaki yang boleh mengendalikan bahtera dalam rumahtangga dengan bijak. Lelaki yang mempunyai sifat2 sebagai seorang pemimpin rumahtangga untuk memimpin anak isteri kelak. Tetapi zaman serba moden sekarang ini agak susah untuk mencari lelaki sedemikian. Ada tapi tak ramai. Satu dalam seratus kot. Okay tadi masa facebooking aku terjumpa la something bagi aku important la jugak kan. Interesting pon ade jugak. So aku nak share la kat sini. For girls out there, make sure ur boyfriend or ur fiancee bg yang dah bertunang 2 memiliki sifat2 seperti ini sebelum nak kahwin ngan u all :PP Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. 1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan. 2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. 3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya. 4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. 6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap. 7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian. 8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama. 9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya. 10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan. NADIA YAYA :) |
ABOUT ME
![]() OTHERS; |