C L O U D ;
Jealous dalam Persahabatan??
Monday, 24 October 2011 • 14:08 • 0 comments
Sepanjang sem break ni aku fikir ape salah aku dalam berkawan. Memang aku akui aku juga seperti manusia lain ada kelemahan dalam diri. Seperti yang kawan2 aku cakap yang aku nie kuat merungut,panas baran dan lain2 lagi la perangai aku yang tak berapa nak elok. Dah kita manusia memang tak lepas la dari ada sifat2 seperti ini. Aku pun bukannya baik sangat. Banyak juga dosa pahala yang aku buat sepanjang aku hidup nie. Aku bukan malaikat. I'm just normal person like others. 

Kalau kita dah berkawan dengan seseorang itu kita tak lepas dari mencari keburukannya kerana setiap orang mempunyai kelemahan dalam diri masing2. No one is perfect. Tapi dalam kita mencari kelemahan orang lain, pernah tak kita tengok kelemahan dalam diri kita dulu. Dalam kita mencari ketidaksempurnaan orang lain kita juga perlu sedar ketidaksempurnaan yang ada dalam diri kita. Supaya kita sama2 dapat memperbaiki kelemahan diri masing2. 

Tipulah kalau aku cakap dalam persahabatan tak ade perselisihan faham, terasa hati dan masam muka. Itu sudah jadi adat dalam kita berkawan. Sebenarnya benda2 inilah yang akan lebih mengeratkan persahabatan kita semua. Kerana sudah tentu kita tidak akan senang duduk jika bermasam muka dengan kawan baik kita sendiri. So kita akan cari cara lain untuk memulihkan balik hubungan seperti dulu. Dan sekaligus akan membuatkan hubungan kita bertambah rapat dari dulu dan lebih mengerti erti persahabatan. Kita juga akan mengerti betapa pentingnya peranan sahabat dalam kehidupan kita. 

Tapi salah ke kalau orang yang baru kita kenal then kita fikir dia serasi dengan kita terus kita anggap dia as bestfriend kita. Bagi aku la kan tak salah as long kita happy kawan dengan dia. Tapi zaman sekarang ini dalam berkawan pon ada istilah jealous. Aku ingatkan orang bercinta je jealous rupa2nya dalam berkawan pon sama. Aku baru tahu. Logik jugak kan kalau ada orang nak jealous dalam berkawan ini. Mungkin dia dapat merasakan yang kawan dia dah kurang dengan dia sebab ada kawan baru. Kalau dulu selalu bersama tapi sejak ada kawan baru kawan dia lebih fokus kat kawan baru. Asyik berkepit dengan kawan baru je. Kejap.!! Yang aku maksudkan jealous ni kawan sesama jantina okay. Kalau dah lain2 jantina itu,  jealous bermakna dah lebih dari seorang kawan. Maybe melibatkan hati..Who knows :PP

Tapi kalau jealous kawan kita ada kawan baru pun itu hak dia kan. Siapa kita nak melarang. Kita hanya kawan je. Biarlah dia nak ada kawan baru pon as long dia tak lupa kita yang juga kawan dia nie. Mybe dia nak juga bertukar angin dan nak mencari seberapa ramai kawan yang boleh. Pepatah pun ada mengatakan berkawan biar seribu so kita janganlah nak control dengan siapa kawan kita nak berkawan. Itu terserah kepada hak individu masing2. 

NADIA YAYA :)











PASTFUTURE
ABOUT ME
NURUL NADIA BT AJIT. NADIA or YAYA. 22. Bachelor of Science (Hons) Biology. UiTM Jengka. Simple girl with a big dream. Don't like me, please leave.


OTHERS;