C L O U D ;
14 May 2012
Monday 14 May 2012 • 21:52 • 0 comments
Assalamualaikum readers sekalian..

Dah dinner ke belum? Malam ni aku n the geng masak kangkung goreng belacan, telur mata dgn sardin je. Masak ala kadar gitu aje. Takpelah janji perut yang kosong ini beralas. Kat Kuantan hujan malam ni. Kalo tido ni fuhh giler gempak best kan. Awal lgi ni nak tido so blogging la dulu. Lagipon tangan aku ni dah lama tak menaip panjang2 *buat karangan.

Sepanjang aku tak update blog ni macam2 yang berlaku. Aku dah pindah rumah baru sebab rumah lama share dgn lelaki. Alhamdulillah aku lebih selesa dgn rumah baru ini berbanding dgn rumah yang dulu even sewanya lebih mahal sikit berbanding rumah dulu. Nanti ada masa free aku snap picture rumah baru aku ni & post kat blog ye. Rumah baru ini pon lengkap dgn segala perabot. Takdelah nak tido atas lantai je kan. Peti ais pon ade. So bolehlah shopping barang dapur sekali banyak. Stok untuk seminggu dua.

Bukan setakat pindah rumah tapi pindah lab sekali. Pindah lab maksud aku, aku dah masuk lab lain la. Dulu aku stay lab histology selama 3 minggu sekarang aku kena bertapa dekat lab biochem selama 4 minggu a.k.a sebulan lak. Lab biochem so far okay lah. Staff pon semua baik2 belaka. Takde yang nak marah tak tentu pasal. Takdelah tension duduk lab 2 macam aku duduk lab histo dlu. Hampir setiap hari ade je kena pressure dari supervisor aku YANG SEMEMANGNYA AKU TAK SUKA !!

Kawan pon dah semakin ramai. Ade akak degree student MSU, budak kolej PTPL & juga beberapa orang budak KKM. Aku cakap "beberapa" sebab ade segelintir yang aku tak suka. Tak suka dengan perangai diorang. Tapi biarlah diorang dengan cara diorang kan as long dia tak menganggu hidup aku.

Eh hujan2 ni sejuk la pulak kan. Tarik selimut ni best jugak. Okaylah you guys aku angkat kaki dlu sebab esok nak kerja. Maklumla dah jadi pekerja yang berkaliber ni kenalah selalu datang awal kan. HAHAHA XD

P/S : Mak aku dah beli baju raya untuk aku. Dah hantar kat tukang jahit pon. Ini semu disebabkan aku takde cuti so terpaksa suruh mak yang pilihkan baju raya tahun ni.


                                                    


PASTFUTURE
ABOUT ME
NURUL NADIA BT AJIT. NADIA or YAYA. 22. Bachelor of Science (Hons) Biology. UiTM Jengka. Simple girl with a big dream. Don't like me, please leave.


OTHERS;