C L O U D ;
Sad Ramadhan
Tuesday 24 July 2012 • 22:34 • 4 comments
Assalamualaikum readers...

Sudah agak lama ye aku menyepi diri dlm dunia blogging ni. Aku ade je. Tak hilang ke mana. Just malas je nak update. Banyak benda sebenarnya nak story mori kat sini tapi ade dua faktor yang menyebabkan aku tak update blog ni. Faktor malas dan faktor kesempitan waktu.

Biasala dah jadi student practical ni memang penat. Masuk kerja pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang. Kalau duit masyuk maybe kepenatan 2 berkurang sikit kot. So agak malas dan takde masa la aku nak update blog nie. Balik kerja pon penat so malam fikir nak tidor jelah.

Hari ni dah 4 hari kita berpuasa kan. Dan seperti tahun2 yang sebelumnya ini tahun ke-4 aku berpuasa jauh dari family aku. Memang aku dah biasa sebab lepas SPM memang aku dah belajar hidup merantau. Tapi Ramadhan kali ni agak menyentuh hati sikit. Malam first Ramadhan semua kawan aku balik berbuka puasa dengan family masing2. Dan aku? Sape tak teringin nak bukak puasa dengan family tapi aku jauh. Nak balik pon tak berbaloi sebab cuti pon weekend je. Diorang bukannya tak ajak aku balik rumah diorang tapi aku segan. Yelah first Ramadhan diorang mesti nak bukak dengan family kan so macam aku ni menyibuk aje. So aku decide nak stay jelah kat rumah sewa aku ni.

Since diorang semua dah balik malam 2, aku pulak keseorangan kat rumah ni aku call la my family. Tak dapat jumpa diorang pon takpe as long dapat dengar suara diorang. Itu sudah cukup bagi aku. Bila aku dengar je suara mak aku, terus air mata aku jatuh. Suara aku sebak. Memang aku sedih sangat2 malam itu. Mak aku pon mungkin perasan suara aku berubah. Banyak kali dia sedapkan hati aku dan pesan jaga diri elok2. Bertambah lagi kesedihan aku malam first Ramadhan 2 sebab tiket balik raya semua habis !! Plan awalnya nak balik hari Jumaat malam tapi since semua tiket dah habis terpaksa la aku balik hari Sabtu. Hari Ahad dah nak raya. Aku balik sehari sebelum raya okay. Kemungkinan aku sampai malam raya. Sepanjang 4 tahun aku dok jauh dari family nilah first time aku balik sehari sebelum raya. Aku menangis lagi dekat mak aku. Tapi mak aku sedapkan hati aku lagi. Dia kata takpelah balik lambat pon janji dapat balik beraya kat rumah. Okay itu membuatkan aku lega sedikit.

Wahai hati bersabarlah dengan semua yang telah aku lalui ini. Aku tahu aku bukannya insan yang kuat untuk menghadapi semua ini. Hope selepas ini takde lagi kesedihan di bulan yang mulia ini.

                                                               


PASTFUTURE
ABOUT ME
NURUL NADIA BT AJIT. NADIA or YAYA. 22. Bachelor of Science (Hons) Biology. UiTM Jengka. Simple girl with a big dream. Don't like me, please leave.


OTHERS;