C L O U D ;
Done with Diploma in MLT
Saturday 20 October 2012 • 13:43 • 0 comments
Assalamualaikum readers..

Dah lama aku tak update blog nie macam2 benda yang dah berlaku. Tapi bukan benda yang buruk2 lah. Mintak dijauhkan. Tapi walau macam mana kita mengelak sekalipon kalau dah ditentukan oleh Allah, kita tak boleh nak lari juga. 

Alhamdulillah after two and half years, I manage to complete my diploma in Medical Laboratory Technology. Bersyukur sangat2 sebab sampai ke tahap sekarang nie. Macam2 pengalaman pahit manis terpaksa dilalui untuk menghabiskan 5 semester nie. Semuanya kami harungi bersama-sama.

 Hari Sabtu lepas (13 Oct 2012), kami telah menghantar Final Year Project dekat lecturer. Kami student final year kena present depan lecturer pasal tajuk yang kitorang buat time posting dekat hospital masing2. Dengan berakhirnya presentation itu bermakna berakhirlah perjuangan kami semua selama 2 tahun setengah (5 semester). Presentation hari itu pon semuanya okay. At first memang nervous lah jugak kan sebab ni final project kitorang so mesti nak buat yang the best. Then bila time kitorang kena present, alhamdulillah kitorang dapat handle dengan baik. Everything runs smoothly. Hope markah pon baik jugaklah nanti. Kami dah try yang terbaek untuk final year nie. 

Kalau dah nama pon final year jadi dah semestinya dah takde lagi semester baru untuk kitorang semua. That's means kami semua kena berpisah dengan kawan masing2. Kawan yang selalu bersama sepanjang 5 semester ni. Kawan study. Kawan tidor. Kawan lepak. Semuanya terpaksa berpisah. Masing2 akan buat haluan sendiri lepas nie. Ada yang nak terus kerja. Ada yang nak further study lagi. Terpulang kepada diri sendiri. 

Honestly aku belum bersedia lagi nak berpisah dengan korang semua. Aku belum puas lagi enjoy dengan friendship kita semua. I'm really hope our friendship takkan terhenti setakat ini je. Guys, make sure kita semua tak lost contact okay. Insyaallah kalau ade rezeki hope kita semua dapat furthet study course yang sama tempat yang sama. Just pray for it :)

P/s : Kita jumpe nanti convo eh guys  XD

                                                        


PASTFUTURE
ABOUT ME
NURUL NADIA BT AJIT. NADIA or YAYA. 22. Bachelor of Science (Hons) Biology. UiTM Jengka. Simple girl with a big dream. Don't like me, please leave.


OTHERS;