C L O U D ;
Welcome Back Student's Life
Friday 8 November 2013 • 17:04 • 0 comments
Assalamualaikum dan salam petang Jumaat kepada yang sudi nak baca blog aku yang tersangatlah tak best nie..

Sekarang nie memang aku jarang nak update blog. Pada yang selalu follow pasal blog aku tahu la kan. Sebenarnya aku busy sikit lah skrg nie. Dah jadi student balik kan. Kerja pun banyak. Kejap2 lab report. Kejap2 assignment. Kejap2 ada test. Kejap2 ade  kuiz. Haaa lebih kurang mcm tu lah serba sedikit life a s student nie. Eh aku tak cakap ehhh camne aku boleh further study sdgkan dlm post lepas aku frust giler2 ckp xleh nak further degree kan. Okay2 aku kasi story mory sikit eh. Nak dijadikan cerita alhamdulillah la Allah tolong aku. Dalam keadaan aku dah give up nak smbung study sbb time keputusan rayuan keluar pun aku still tak dapat gak, tetibe classmate aku yang laki nie wechat suruh aku check balik keputusan yang rayuan tu. Then aku mintak tolong die check kan utk aku and he said aku dapat. I'm like ehh betol ke nie entah2 mamat nie nak kelentong aku. Sbb time diploma dulu die ni kaki kelentong gak. Then die snap pic pasal keputusan aku tu then he send to me. OMG !! Seriously !! Bachelor of Science (Hons) Biology. UiTM Jengka. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah !! Memang happy sesangat sampai keluar air mata nie. 

UiTM Jengka, Pahang. Kawan2 aku pun dapat kos sama gak tapi diorang kat UiTM Kuala Pilah. Girls, nampaknya utk kali nie kita terpaksa berpisah. Sedih memang sedih tapi niat kita nak study kan. Nak tak nak pun kena terima jugak. So aku tak de kawan la kat Jengka nanti ?? Eh sape cakap. I'm not lonely okay. Masih ade insan yang sayang. Haha. Okay poyo jap. 



Okay yang nie Cik Tein. Minah nie satu sekolah ngan aku since sekolah rendah lagi, then sekolah menengah, kat UiTM Pilah jap n lastly sekarang nie kami satu kampus kat UiTM Jengka. Tapi kos jelah lain2. Dia budak Kimia. Aku budak Bio.



Yang sorang lagi nie Kinah. Classmate time diploma dulu. Kalau korang nak tahu aku ngan die je budak kelas time diploma dulu yang sesat kat Jengka nie. Yang lain ade kat Pilah, kat Puncak Alam. Yang sambung study kat uni lain pun ade jugak. Rezeki masing2. Aku terpisah dgn geng aku & dia terpisah dengan gengnya. So fair n square :). Takpelah dugaan semua tu. Cabaran bagi kita. 


Okay dah taknak membebel panjang2 nanti orang yang baca nie pun naik bosan baca entry aku yang mengalahkan karangan spm nie. Just nak share sikit gambar ngan korang my new environment. Persekitaran yang aku kena hadapi for two and a half years. InsyaAllah. 


 "Mercu tanda" UiTM Jengka. Dalam hutan pun dalam hutan lah. Boleh saving. Hahaha.



 Haaa nie laa kolej kediaman kitorang. Kolej Mat Kilau nie special utk budak degree je. Maksudnya tak bercampur dgn budak diploma la. Budak diploma blok lain. Kolej Mat Kilau nie kolej paling cantik la kat UiTM Jengka nie. 



Kolej Mat Kilau dari kejauhan. Menghijau je kan. Kampus khazanah alam katakan. Segala macam alam ada kat kampus nie.


Itu jer nak tunjuk. Okay dah boleh mintak diri. Bye. Assalamualaikum.


PASTFUTURE
ABOUT ME
NURUL NADIA BT AJIT. NADIA or YAYA. 22. Bachelor of Science (Hons) Biology. UiTM Jengka. Simple girl with a big dream. Don't like me, please leave.


OTHERS;